Monday, March 23, 2009

belon panas di putrajaya...

lama aku tak datang putrajaya sebenarnya... ada la dekat 4 bulan tak masuk sini.itupun sbb aku ada seminar kat PICC. kalau pergi bangi, aku lalu LDP dan terus ke bangi je.. tak terfikir pun nak jalan2 kat area ni.. hehehh . actually, zaman aku study kat UNITEN dulu.. hampir tiap2 ptg lepak sini.... ambil feel and cari ilham... kononnya...

nak dipendekkan citer, aku sampai putrajaya area pukul 6.00 ptg. matahari still terik giler.... sebenarnya kitorg xtau event ni ada kat area mana... so kira gamble jela ni....cuak gak aku bila aku sampai kat area alamanda, xde 1 belon pun kat atas.lalu area masjid pun xde 1 belon pun berterbangan.. burung2 adala...... at last jumpa gakkkk.... bila lalu atas jambatan... peh jammedddd.... nak parking pun tak tau kat mana...


tgh cari parking, belon first dah naik...... ummmppp.. kelam kabut aku ambil gambar... excited pulak aku.... syokkk.... selalu tgk kat tv je.... bila tgk life, feel lain macam je....

aku zoom sehabis yg boleh ni.....
bestnya kalau dapat naik ni.........

hehheheh... syokkknya

cantiknya......
mana nak park keta ni..... aku rasa mcm nak ikut terbang gakkk ikut belon.

kuikuikui.... at last kitorang park kat depan pejabat MOF. belasah jela... janji aku dapat tgk.... tunjuk perut 1x... ahakkkss

smile!!! i'm here..... puas hati betul dapat jadi model terjun belon panas ni...

antara yg menarik perhatian.....

dah dekat dah tuuuu......
hello... i'm again

semakin banyak belon2 berterbangan......

dan lagi... dan lagi........
belon merak ni siap pusing bangunan PJH. tapi yg kelakarnya... asyik menunduk je... hehheh... berat kat kipas belakang kot... hehehheeh...

walaupun aku x dpt naik..... tapi puas hati dapat tgkkk........ daaaaaa

Wednesday, March 18, 2009

Susu Kolostrum - Biz Baru


ANDA MENGALAMI PENYAKIT BERIKUT:

ASMA, BISUL, MASALAH USUS, ALLERGY, HEPATITIS B/C, MIGRAIN , BUASIR ,
JANGKITAN KUMAN, RESDUNG, BUAH PINGGANG, JERAWAT, STROKE/LUMPUH ,
DENGGI , KAYAP , SAKIT SENDI , EZEMA , KANSER , SAWAN, FYBROID, KENCING MANIS, SAKIT KULIT, GOUT, KELETIHAN, KETUMBUHAN, JANTUNG, TIBI, PARKINSON, GASTRIK, LEUKIMIA, THYROID, ULSER, TENAGA BATIN, STRESS, DARAH TINGGI, MASALAH PARU-PARU, DEMAM CAMPAK & HAID



MAKA, SUDAH PASTI ANDA MEMERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN SUSU ALPHA LIPID INI. HANYA SATU SKUP SEHARI YANG DIAMBIL SEBELUM SARAPAN MAMPU MEMULIHKAN KESIHATAN ANDA


ALPHA LIPID LIFE - Serbuk (450 gram). Satu kombinasi hebat kualiti premium kolostrum, kalsium(1000mg / hidangan), vitamin, mineral dan bakteria berfaedah. Mengandungi 1500mg kolostrum bagi setiap hidangan

Cadangan pengambilan:
Minggu pertama : 1/2 skup sehariMinggu kedua dan seterusnya : 1 hingga 2 skup sehari
PESANAN:Di ambil sebelum sarapan pagi (ketika perut kosong)Boleh Dicampur dengan Susu, Jus atau Air Biasa
JANGAN GUNAKAN AIR PANAS/SUAM
Sebaik-baiknya Goncang menggunakan Shaker!!
Sesuai diminum oleh semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan bayi

FAKTA PENTING

1-PERBEZAAN ALPHA LIPID
Kolostrum Alpha Lipid adalah produk ulung yng diperbuat daipada kolostrum New Zealand yang paling tinggi mutunya dan disaluti dengan molekul Alpha (dipatenkan) yang meupakan satu fomula ekslusif lipid yang akan mepertingkatkan bioavailibiti kolostrum dalam tubuh. Ia juga mengandungi probiotik dan prebiotik serta komponen bioaktif (Gangliosides dan fakto petumbuhan)

2-KELEBIHAN ALPHA LIPID
Poduk ini mendapat anugerah eksport sebanyak 3 kali (1992, 2003 & 2004) oleh kerajaan New Zealand. Produk ini juga disokong oleh kajian saintifik dan klinikal yang telah dijalankan oleh Institute Colostrum Research (ICR), New Zealand. lebih daripada 8000 kajian telah dijalankan dan diterbitkan dalan journal peubatan.

3-KUALITI ALPHA LIPID
Bukan semua kolotrum itu sma. Kolostrum Alpha Lipid mengandungi kolostrum yang bermutu tinggi. Diambil daripada lembu-lembui yang diternak di ladang-ladang New Zealand yang bebas daipada homon, antibiotik dan BSE. ia meupakan pemangkin kolostrum yng terbaik. Ujian menunjukkan ia meningkatkan keterlarutan dan pnguraian kolostrum sehingga 100% menjadikan ianya 100% lebih efekitf dan lebih nilai.

4-PROSES PEMULIHAN ALPHA LIPID
Kolostrum ALPHALIPID LIFELINE merupakan makanan tmbahan bukan toksik, tidak alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan lain serta dadah. Walaubagaimanapun, sesetangah orang akan mengalami reaksi atau tindakbalas yang positif semasa proses pemulihan seperti;
Mengantuk dan Keletihan - Proses penggantian tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
Berpeluh, demam dan sakit kepala - Proses peningkatan kadar metabolisma dan tenaga dalam badan akibat daripada pembuangan toksik melalui saluran perkumuhan.
Gatal, kerap buang air besar & kecil - Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti metabolit, logam berat dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan badan.
Sakit perut, sakit otot dan denyutan nadi laju - Proses penyembuhan, pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru sedang berlaku.

"Kolostrum adalah selamat. Ia telah disediakan secara semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah" ......... International Institute of Nutritional Research, USA


HARGA
1-TIN => RM180.00 ( FREE DELIVERY)
3-TIN => RM450.00 ( FREE MEMBERSHIP)

WAKIL PENGEDAR DAN STOKIS DIPERLUKAN DISELURUH NEGARA. SILA HUBUNGI MOHD ROFAIZAL (MY HUBBY) UNTUK KETERANGAN LANJUT
013-9816801.
CUBALA..... BOLEH BAGI HARGA DISKAUN DGN KAWAN2.. HEHEHE

Tuesday, March 17, 2009

mari belajar menyulammm manik.........

saje nak share dengan kengkawan...

Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum pada hujung lengan baju. Jarak dari hujung lengan baju ialah 1 atau 2mm. Sediakan 4 manik bulat dan 2 manik heksagon dlm bilangan 2+2+2. Manik bulat diletakkan dikedua-dua hujung supaya manik pintal terbentuk dengan cantik. Sekiranya menggunakan manik heksagon, jahitan akan kelihatan agak kasar dan tidak kemas.

2. Cucukkan jarum dihujung manik dan susup keluar jarum pada manik ke-3. Masukkan 2+2+2 manik dan jahit lurus mengikut teknik jahitan batang (Stem Stitch).


3. Ulangi langkah ini seterusnya sehingga selesai. Perlu diingat sekiranya jarum dikeluarkan di sebelah kanan, pastikan pada jahitan seterusnyapun jarum dikeluarkan dari sebelah kanan. Begitu juga sebaliknya. Jangan diselang-selikan kanan dan kiri.

4. Beginilah rupa hasil jahit manik pintal. SELAMAT MENCUBA!

rumah pilihan dan idamanku... heheheh

al kisahhhh........

aku start survey rumah dari hari raya puasa tahun lepas. kalau ikutkan hati, kitorang nak pilih rumah yang setingkat je... almaklumlah malas nak naik tangga.. heheh... siap kat area tepi pantai gituuuu.. heheh.. umah jenis semi D. mmg dah berkenan tapi tinggal 1 unit je.... itupun show house... itu yg kena fikir banyak kali tuhhh... rumah tu berdekatan dengan tepi bukit... risau pulak akuuu....kebetulan waktu tu pulak ada kejadian tanah runtuh kat bkt antarabangsa KL. terus aku batalkan niat untuk beli umah tu......

so, nak dijadikan cerita. aku ambil cuti panjang utk berehat di kuantan masa akhir tahun lepas.... 13 disember 2008 on the way aku nak balik kampung mak aku, hubby aku ajak aku survey rumah di area Indera Mahkota... sekali pandang je dah jatuh cinta..... Taman Mahkota Putra fasa 2.... kalau ikutkan, design biasa je.. tapi aku dengan hubby mmg berkenan sbb ada ruang tanah untuk berehat2 dan space utk buat kolam ikan.... hubby aku mmg rajin bela ikan... aku cuma tukang tengok je. hehhehe...


rumah contoh


yg ini umah sebelah umah contoh tu... saje ambil feeeeel.... heheheh


actually, umah yg aku nak ambil tu still under construction lagi.... target pemaju siap bulan jun 2010... tapi kita tgk jela bila boleh siap..... iyalah, kita hanya merancang Allah yg tentukan...
gambar ni adalah gambar yg terbaru 10 mac 2009

rumah yang lain semuanya dah siap, apasal rumah aku tak siap lagi ni...


tak sabar dah nak tgk umah ni siap..... anyway aku belum ada plan nak buat konsep apa. cuma kitorang dah plan utk landskap luar umah.... siap nak pasang buai gitu.... heheheh... berangan je la..... kana buat cket2, tgk pada budget akhir tahun ni... heheh.... aku tgh survey design utk grill rumah ni... aku nak simple je... tapi tgkla nanti k.... kalau dah jumpa, aku citer di keluaran akan datang.....

daaaaaaaaa.......

dALaM RahIM IBU

tatapan khas untuk bakal ibu dan bapa :


1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, [Al Alaq]



2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. [Al Alaq]



36. Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?



37. Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), [Al Qiyamah]


38. kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, [Al Qiyamah]



67. Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Al Mu’ min]


14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.[Al Mukminun]




39. lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan.















Wednesday, March 4, 2009

udang galahhhhhh....

last week aku balik kuantan... wahhh hubby aku carikan udang galah utk aku.... then kitorang buat udang masak merah..... pehhh.. sedap gila.... saje nak bagi korang tergiurrr dengan udang2 ni... hehehehh

mehla aku tunjuk cara2 nak memasaknya... ni kitorang masak sama2 dengan kakak ipar aku... sempoi je.....

nila rupa udang yg sebenar.....
cili kering ni kena masak dulu then kita blend saje.... dah siap blend pun..... sekejap je....

pastu.... blend bawang merah dan bawang putih ..

then, tumiskan bawang2 td.. agak2 dah lama sikit baru masukkan cili kering yg diblend td...... bila dah naik bau yg agak sedap,... ambillah secubit garam secukup rasa... secubit tuhhh.. hehehh
masukkan udang2 td.... gaul sehingga rata ya puan2
pastu.. masukkan sedikit air dan tunggu sehingga udang masak..... baunya.... baik punya

hmmmm... dah masakkkkla....... bulat2 gituuu
siapla utk hidangan tengahari ni..... amacammmm .. jom melantakkkk